Khamis, Mac 05, 2009
Selasa, Mac 03, 2009
Minggu Penuh Cabaran.
Minggu pertama bulan Mac bermula satu lagi minggu yg pnuh cabaran dengan 3 perlawanan menanti Barcelona.
Khamis 5 Mac 2009 - 5 pagi
Copa del Rey
RCD Mallorca
Ono Estadi
Ahad 8 Mac 2009 - 3 pagi
Perlawanan ke-26 Liga
Ath. Bilbao
Camp Nou
Khamis 12 Mac 2009 - 3:45 pagi
Piala Juara-Juara Eropah
Olympique Lyon
Camp Nou
Copa del Rey
RCD Mallorca
Ono Estadi
Ahad 8 Mac 2009 - 3 pagi
Perlawanan ke-26 Liga
Ath. Bilbao
Camp Nou
Khamis 12 Mac 2009 - 3:45 pagi
Piala Juara-Juara Eropah
Olympique Lyon
Camp Nou
Skuad Barça yang mula berlatih setiap hari bermula hari Isnin dan Selasa akan bertandang ke Majorca untuk perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) pada hari Rabu. Berbekalkan 2 gol pada perlawanan separuh akhir pertama di Camp Nou 6 Februari lepas mungkin meringankan sedikit beban namun prestasi semasa Barça yang tidak menentu dengan kekalahan 2 perlawanan domestik berturut-turut memaksa Barça bekerja keras untuk memastikan momentum kemenangan dan keyakinan para pemain kembali semula.
Laluan ke separuh akhir Copa del Rey.

Latihan tanpa Alves, Henry, Sylvinho dan Messi.

Latihan tertutup berlangsung di Ciudad Deportiva Joan Gamper pada 11:30 pagi Isnin. Kesemua pemain hadir kecuali Alves, Henry, Sylvinho dan Messi.
Alves lebam di buku lali akibat bertembung dengan Simao dalam perlawanan Isnin lepas manakala Henry mengalami masalah tendon di kaki kiri. Messi dan Sylvinho pula telah lakukan latihan khas pemulihan kecergasan.

Isnin, Mac 02, 2009
Keputusan Perlawanan Liga ke-25.
Perlawana berlangsung di Vicente Calderón pada 2 Mac 2009 pukul 2 pagi (waktu Malaysia).

Atlético Madrid 4-3 FC Barcelona
Forlan 32’, 78’ (pen.) | Henry 19’, 74’
Aguero 56’, 89’ | Messi 30’
Label:
Keputusan Liga
Ahad, Mac 01, 2009
Ribéry & El Kun.
Spekulasi tentang Franck Ribéry berterusan apabila akhbar German Bild am Sonntag pula harini menyiarkan berita menyatakan pemain sensasi Perancis itu telah pun bersetuju untuk menyertai Barcelona untuk jangkamasa 4 tahun sama seperti yang dilaporkan oleh akhbar sukan Catalunya El Mundo Deportivo kelmarin.Menurut akhbar German tersebut, Alain Migliaccio, wakil Ribéry yang menyebarkan spekulasi ini berkata "Jika Ribéry berpindah, dia hanya akan ke kelab yang hebat seperti Barcelona di mana kesemua pemainnya bertaraf bintang. Bermain di Barcelona sangat sesuai dan bagus untuknya," jelas Migliaccio pada stesen radio Catalunya, RAC-1.
Sementara itu, menurut akhbar sukan Catalunya, Sport, ada persetujuan antara Barcelona dan Atlético Madrid berkenaan pembelian Sergio 'Kun' Agüero yang mengutaman Barcelona dlm hal tersebut.
El Kun yang kecewa dan berasa tidak lagi diperlukan oleh kelabnya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Vicente Calderón dengan mengarahkan wakilnya dari agensi IMG untuk memantau mana-mana kelab yang sanggup membayar klausa bayaran keluarnya sebanyak 55 juta euro (RM 257 juta).
Kontrak Agüero dengan Atlético tamat pada 2012 dengan bayaran 3 juta euro setahun.
Atlético Madrid Vs. FC Barcelona.

Atlético Madrid Vs. FC Barcelona
Vicente Calderón
Isnin 2 Mac 2009 . 2 pagi (waktu Malaysia)
Pedro & Victor Gantikan Piqué & Touré.
Guardiola menamakan 18 pemain yang akan ke Vicente Calderón untuk perlawanan liga ke 25 menentang Atlético Madrid pada pukul 2 pagi Isnin ini (waktu Malaysia).
Berbanding dengan perlawanan menentang Lyon pada Rabu lepas, perbezaan cuma Pedro dan Víctor Sánchez disenarai menggantikan Piqué (kad kuning ke 5) dan Keita (kad merah) yang digantung perlawanan.
Latihan hari ini dikejutkan dengan insiden Pinto tercedera semasa melakukan pemanasan. Sementara itu Piqué dan Milito tidak kelitahan sedangkan mereka diarah melakukan latihan individu. Walaupun tidak akan ke Madrid, Keita berlatih seperti biasa bersama Iniesta yang sudah mula turun berlatih minggu ini.
Masih cedera : Abidal, Milito.
Tidak disenaraikan: Joquera.
Valdés, Pinto,
Alves, Puyol, Márquez, Cáceres, Sylvinho,
Xavi, Touré, Busquets, Gudjohnsen, Víctor Sánchez,
Messi, Bojan, Eto'oHleb, Henry, Hleb, Pedro.

Latihan,
Senarai Pemain
30 Juta Euro Untuk Ribéry, Bayern Berminat Dengan Hleb.
Barcelona akan membuat tawaran 30 juta euro (RM 140 juta) untuk Franck Ribéry dan persetujuan tidak rasmi dilaporkan telah dibuat antara kedua-dua pihak. Bayern yang sebelum ini pernah menolak tawaran dari Chelsea sebanyak 40 juta euro dijangka akan melepaskan juga pemain sayap mereka itu setelah pemain tersebut memberi tekanan untuk berpindah kelab.Sementara itu, Presiden Bayern, Karl-Heinz Rummenigge telah bertanyakan tentang Hleb dan Laporta menyatakan pemain Belarus tersebut akan dijual jika ada kelab yang berminat. Hleb, yang dibeli dengan harga 15(+3) juta euro tahun lepas oleh Barça, mungkin akan dijual dengan harga 14 hingga 18 juta euro, yang ini akan mengurangkan kos untuk mendapatkan Ribéry, walaupun Hleb dikatakan lebih suka kembali ke Liga Inggeris atau Itali.
Laporan menyatakan Ribéry ditawar kontrak selama 4 (+2) tahun dengan gaji tetap sebanyak 5 juta euro oleh Barcelona.
Langgan:
Catatan (Atom)