Sabtu, Januari 16, 2010

Suasana Selepas Tersingkir Dari Copa del Rey

Suasana di bilik persalinan Stadium Sanchez Pizjuan di Seville selepas Barcelona tersingkir dari Copa del Rey sangat menyedihkan.

Messi tidak dapat menahan perasaan lalu rebah dengan air mata. Beberapa rakan dan kemudian Pep cuba menenangkannya. Para pemain lain dilihat menendang-nendang laluan ke bilik persalinan. Water cooler dihumban dan teriakan dengan penuh rasa kecewa dapat didengar di bilik persalinan tersebut.

Guardiola kemudian menyatakan kekalahan tersebut bukan salah para pemain dan dia sendiri yang patut dipersalahkan kerana dengan kredibeliti yang ada pada para pemain, dia sepatutnya dapat membawa Barcelona jauh lebih baik. Pep juga menghargai komitmen dan dedikasi para pemain dan bangga kerana mereka bermain habis-habisan untuk menang.

Di dalam sidang media bersama Puyol pada hari kemudian, kapten pasukan Blaugrana tersebut menyangkal kata-kata Pep dan menyatakan bahawa para pemain amat berbangga dengannya.

Dia kemudian menegaskan bahawa para pemainlah yang bertanggungjawab menentu kalah menang perlawanan, menolak kata-kata Pep yang menyalahkan dirinya.

1 ulasan:

Allazzri berkata...

apakan daya.. kesilapan membawa pengajaran untuk pep guardiola..
cuba lagi next season..