Isnin, Julai 20, 2009

Maxwell Dipersembahkan Secara Rasmi

Maxwell Scherrer Cabelino Andrade (27) dengan rasminya dipersembahkan di Miniestadi pada pukul 7 petang Jumaat (1 pagi Sabtu waktu Malaysia) di depan 2,500 peminat yang hadir setelah lulus kesemua ujian kesihatan dan kecergasan di pusat perubatan dan Hospital Barcelona.

Mengetahui dia akan menyertai “satu pasukan hebat”, Maxwell berkata, di Itali dia dan bekas rakan sepasukannya semua berkata “Barça bermain bola sepak terbaik di Eropah. "Saya gembira kerana berpeluang membentuk sebahagian dari sebuah pasukan yang baik dan positif”.

Sebagai pemain baru Barcelona, Maxwell menegaskan yang dia datang ke Camp Nou bukan untuk mengambil tempat rakan senegaranya, Sylvinho atau Eric Abidal pada posisi sebelah kiri. "Saya tahu bahawa saya datang menggantikan Sylvinho, tetapi tidak bermakna saya menjadi pemain simpanan. Saya fikir perebutan posisi dengan Abidal adalah positif untuk pasukan ini dan sudah tentu saya datang untuk bermain."

Pemain pertahanan kiri Brazil tersebut telah menandatangani kontrak dengan FC Barcelona selama 4 tahun dengan pilihan tambahan 1 tahun dengan bayaran perpindahan sebanyak 4.5 juta Euro (RM 22.7 juta).



2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

beb gua kat london beb.gua bakal tengok game barca kat wembley hahaha!

jangan jelessssss...

nozbleed berkata...

hullamak.. tolong curi baju messi utk aku... ko amik baju seydou keita je sudah la.. hehe