Buat kali ke-2 berturut-turut, FC Barcelona berada di dalam kumpulan yang sama dengan Rubin Kazan. Rubin, membuat kejutan apabila mengalahkan Barça 2-1 di Camp Nou musim lepas & berjaya mengekang Barça di tempat sendiri dengan seri 0-0 pada perlawanan timbal balik ke-2.
Dan buat kali keduanya, Barça berada di dalam satu kumpulan bersama kelab² yang merupakan juara di liga masing².
Barça bakal merasmikan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara² UEFA 2010/11 dengan pertembungan Barça-Panathianikós pada 15 September akan datang.
Jadual perlawanan Barça dalam peringkat kumpulan:
Perlawanan 1
Rabu, 15 September 2010. 2:45 pagi
Barcelona lawan Panathinaikos
Perlawanan 2
Khamis, 30 September 2010. 2:45 pagi
Rubin Kazan lawan Barcelona
Perlawanan 3
Khamis, 21 Oktober 2010. 2:45 pagi
Barcelona lawan Copenhagen
Perlawanan 4
Rabu, 3 November 2010. 3:45 pagi
Copenhagen lawan Barcelona
Perlawanan 5
Khamis, 25 November 2010. 3:45 pagi
Panathinaikos lawan Barcelona
Perlawanan 6
Rabu, 8 Disember 2010. 3:45 pagi
Barcelona lawan Rubin Kazan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan